jadi bijak dengan bermain facebook…
11 hours ago
Dari Bangi : Epen, Macha, Pop, Rasme, Kulop
Dari Kuala Lipis : Palito, Big
Dari Kuala Krau : Acab
Dari Bentong : TycoMalam sebelum hari Sabtu itu Kak Siti (kakak arwah Leman) menghubungiku untuk memastikan kehadiran kami. Suara beliau kedengaran agak manis di dalam telefonku itu membuatkan ku mengagakkan beliau seorang yang masih muda. Agak terganggu jua ngantukku selepas mendengar suaranya itu. Hampir pukul 5 pagi itu barulah ku dapat tidur semula. Kemudian pagi itu perjalanan bermula.
Ku bangun pagi pabila mendengarkan bunyi loceng di telefonku itu. Lantas segera ku bersiap-siap, melakukan kewajipanku dan membungkus segala keperluan yang perlu dibawa ke Jerantut.Jam 0900
Ku pergi menjemput Kulop di Stesen Komuter Shah Alam dan terus memecut laju ke rumah Macha di Section 3, Bangi seperti yang dijanjikan hari sebelumnya. Tiba di rumah Macha itu, kami menikmati sedikit sarapan, mengisi kekosongan perut ini demi perjalanan yang jauh itu.Jam 1200
Kami pergi ke rumah Pop di Taman Universiti, Bangi pula untuk menjemput Pop dan Rasme. Perjalanan terus dimulakan dari Bangi itu dengan menaiki Pajero milik keluarga Macha, berbekalkan sedikit bungkusan nasi goreng yang disediakan pembantu rumah Macha, dan beberapa tin air Nescafe yang dibelikan Pop ketika singgah mengisi minyak di Petronas Section 15, Bangi.Jam 1430
Suasana di dalam kenderaan besar itu agak meriah, diisi dengan borak kami berlima yang sudah lama tidak berjumpa. Kehadiran Macha dan Pop di dalam kereta itu juga menggamatkan suasana dengan lawak hambar mereka itu sungguh tidak mengeringkan gusi.
Kami singgah di bandar Temerloh untuk menikmati juadah makan tengah hari. Nasi ayam berharga RM4 sahaja yang dapat memuaskan seleraku tika cuaca agak terik itu. Selesai makan, kami masuk semula ke dalam Pajero memikirkan perkara menarik yang boleh dilakukan sementara menunggu waktu tibanya Maghrib.


Macam-macam idea dicadangkan bagi mengisi masa lapang itu. Pop mengajak kami pulang ke kampung halamannya di Maran dahulu, ku pula mengajak mereka singgah berehat di rumah Acab di Jenderak Selatan, Kuala Krau dahulu. Akhirnya, kami putuskan untuk pergi ke Lubuk Yu kerana keterujaan Macha untuk mandi manda di sungai.Jam 1630
Lantas kami pergi ke kedai bundle yang terletak di suatu pinggir jalan itu kerana ketiadaan pakaian ringkas untuk mandi di Lubuk Yu itu. Setelah itu kami singgah di suatu masjid untuk mengerjakan kewajipan kepada Yang Maha Berkuasa, dan terus bergerak ke destinasi yang dicadangkan itu dengan berpandukan Pop sebagai penunjuk arah.
Kami tiba di Lubuk Yu dengan jayanya. Ku sempat juga terlena dalam kenderaan besar itu kerana tak dapat menampung perasaan mengantuk akibat kelewatan tidur pada malam seblum itu. Di Lubuk Yu itu hanya ku, Macha dan Rasme sahaja yang menikmati kesejukan air sungai itu. kedalamannya agak mencemaskanku kerana ilmu renangku yang tidaklah setinggi mana. Hanya Macha sahaja yang kelihatan terlalu teruja sehingga jauh dia berenang. Ku sempat juga pergi menikmati kelajuan arus sungai itu meskipun terasa bahayanya.Jam 1800
Perjalanan ke Jerantut bermula dengan Kulop sebagai pemandu kenderaan besar itu, menggantikan Macha yang tidur di bahagian belakang Pajero itu kerana keletihannya bermain air sehingga merah matanya itu. Jalan berliku-liku itu sedikit menggusarkanku yang duduk di sebelah Kulop yang memandu laju itu.Jam 1900
Kami singgah menziarahi kubur arwah Leman. Dapat juga kami sampaikan salam rakan-rakan lain yang tidak apat hadir, dan menyedahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa oleh Yang Maha Mengampun.
Kemudian kami singgah di Masjid Kg Temin berhampiran dengan rumah arwah itu, menanti ketibaan Acab dan Tyco. Teringat pula akan majlis itu, ku menyuruh Macha menanyakan kepada Kak Siti. Rupa-rupanya majlis tersebut akan bermula selepas solat Isyak nanti. Maka ku pun mengutarakan idea untuk mencari kedai makan di pekan Jerantut, menikmati sedikit minuman panas. Sedang minum itu, Palito dan Big pula tiba.


Kami kembali semula ke Masjid Kg Temin tadi untuk mengerjakan solat Isyak secara berjemaah. Selesai solat itu, semua jemaah yang hadir terus ke rumah arwah untuk Majlis Tahlil Arwah itu. Kelihatan agak ramai juga orang kampung yang hadir. Selesai bacaan Yaasin dan tahlil arwah itu, kami sama menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dapat juga kami berborak dengan bapa arwah itu, bercakap mengenai vespa kuning yang dibeli oleh arwah serta sedikit perihal politik.Jam 2300
Tidak lama selepas itu, Kak Siti pula memperkenalkan diri. Sedikit ice-breaking berlaku, dan bermulalah cerita beliau mengenai adik bongsunya itu. Katanya, adik beradik mereka seramai 11 orang, dua dari bapa bapa sebelum bapanya, dan sembilan dari bapanya itu. Arwah Leman itu merupakan yang paling bongsu dalam kalangan 11 orang itu dan rapat dengan kakak-kakaknya sahaja. Kerana itulah wujudnya perwatakan arwah yang sedikit takut akan haiwan bernama cicak itu.
Kami meminta diri dengan tuan rumah bagi meneruskan perjalanan pulang ke tempat asal masing-masing. Setelah mengisi minyak di Stesen Caltex berhampiran, kami ke Jenderak Selatan di Kuala Krau untuk menemani Acab pulang ke rumahnya kerana jalan masuk ke rumahnya itu ternyata agak seram sejuk. Palito, Big dan Tyco pula terus menuju ke destinasi masing-masing. Sebenarnya ku yang sengaja ingin ke rumahnya itu. Kerana keistimewaan perkataan 'Jenderak' itu pada hati ini menyebabkan perasaan ingin tahu itu terasa membuak-buak.


Kembali kami ke Jerantut. Kali ini untuk menghantar Rasme pula ke Stesen Kereta Api Jerantut pula. Beliau sudahpun membeli tiket untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Sambil menunggu ketibaan kereta api itu, kami pergi menikmati minuman panas di kedai makan yang ada di situ, juga menonton cerita The Tuxedo yang ditayangkan di televisyen itu.



Kereta api itu tiba, dan kami juga memulakan perjalanan pulang ke Bangi selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Rasme. Kulop masih lagi setia menjadi pemandu perjalanan pulang itu. Awal perjalanan itu, kegilaan bermula semula pabila kami menyanyi lagu Hindustan bersama-sama. Tapi suasana yang menghiburkan itu sekejap sahaja. Belum lagi masuk ke Lebuhraya Pantai Timur itu Macha sudahpun lena dibuai mimpi di bahagian belakang Pajero itu. Setelah sejam perjalanan itu, ku pula yang tertidur. Perasaan mengantuk ini ternyata tiada daya untuk kutampung.Jam 0430
Kami tiba dengan selamat di Bangi. Melihatkan Macha yang tidak mahu bangun tidurnya, kami memutuskan untuk berehat sebentar di rumah Pop sahaja. Memang tiada daya lagi untuk ku tahan keletihan itu, apatah lagi untuk memandu pulang ke Shah Alam.Jam 1100
Ku pulang ke Shah Alam bersama Kulop. Sengaja ku pecut Kelisa itu dengan laju bagi menghilangkan rasa mengantuk ini. Setiba sahaja di Shah Alam, ku menghantar Kulop di Stesen Komuter Shah Alam untuk beliau pulang ke rumahnya di Klang. Terasa bersalah pula kerana tidak dapat menghantarnya terus ke Klang. Maafkanku wahai sahabat.Terima kasih rakan-rakan MERANTIans ku sekalian untuk pengalaman indah ini. Sungguhpun kehadiran itu kurasakan agak sedikit, tatapi ternyata ia sesuatu yang sangat bermakna. Terima kasih atas segala kerjasama yang kalian berikan. Semoga suatu hari nanti kita semua dapat bersama-sama mengadakan rombongan ke Jerantut itu, ya!
Tiba sahaja di rumah, pergi bersalaman dengan Mak dan Ayah yang baru tiba dari percutian mereka ke Eropah. Selepas menjamah sedikit kuey tiaw yang ada di bawah tudung saji itu, terus ku naik ke kamarku itu untuk membayar segala hutang tidur yang panjang itu.
Aku blk dlu kwn2 sekalian..jge diri bebaik filwok nanti..sem dpan jmpe lg kalo pjg umo..Sungguh sebak pabila menghantar mesej itu. Terasa sedih yang teramat sangat. Kerana mereka jualah yang membuatkanku merasai erti kehidupan di UKM ini. Kerana kesanggupan mereka menerima diri ini yang serba kekurangan ini. Kerana kesediaan mereka berkongsi segala suka dan duka bersama. Pelbagai pengalaman baru ku dapat daripada mereka sepanjang perkenalan itu. Mereka jualah yang membuatkanku pertama kali merasai keseronokan bermain futsal, pertama kali pergi bekerja sambilan katering dan memakai ves dan bow tie itu, pertama kali mereka bentuk design yang diterima kebanyakan warga Geologi UKM itu, dan macam-macam lagi kenangan indah lain.
Penyokong Arsenal gantung diri
NAIROBI - Seorang penyokong Arsenal di Kenya dikatakan menggantung dirinya ekoran kekalahan 1-3 Arsenal kepada Manchester United dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara kata polis semalam.
Suleiman Alphonso Omondi, 29, yang tinggal di Embakasi, menggantung diri dengan memakai kemeja T Arsenal lewat Selasa lepas sejurus selepas perlawanan itu.
"Kami sedang menonton perlawanan di pub Bamba 70 dan selepas Arsenal kalah, Suleiman terus meninggalkan kami sebagai tanda protes dan dia juga menangis.
"Kami tidak tahu dia akan menggantung diri sehinggalah pagi tadi ketika kami menerima laporan dan datang ke sini.
"Kami melihat mayatnya tergantung di bahagian balkoni," kata salah seorang rakan mangsa, Calvin Otieno.
Arsenal kalah 1-3 di tempat sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, menambah kesengsaraan musim ini di mana mereka juga gagal untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana England.
Tragedi yang berkaitan dengan bola sepak sering berlaku di rantau ini di mana ramai peminat fanatik kelab-kelab England dan Eropah lebih meminati perlawanan kelab-kelab itu berbanding aksi perlawanan pasukan kebangsaan dan benua. - AFP

Basir Hashim (link) dan Saiful Mohamad (link) yang memberikannya. Mereka ini ku kenali di sini. Ku mungkin jauh lebih rapat dengan Basiaq daripada Epul, kerana beliau merupakan salah seorang rakan seperjuanganku yang agak unik perwatakannya. Beliau itu berasal dari Perak, belajar bersama-sama Rasydan di KMNS. Seorang yang sentiasa kelihatan bersahaja, ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukannya, juga seronok untuk bermain futsal bersama. Epul pula kelihatan seperti baik budi pekertinya. Blog beliau itu banyak diisi dengan lagu-lagu yang baru, juga lagu-lagu yang mendapat permintaan daripada rakan-rakannya. Ternyata beliau itu sungguh rajin menolong orang, sehinggakan post beliau sudahpun ada 21 setakat tujuh hari di bulan Mei ini. Teruskan usaha kalian rakan-rakanku. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award sterusnya
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog andaFakta : dilahirkan di Klang, Selangor.
Hobi : mengadap latop usang ini.
Fakta : membesar di Shah Alam, juga Seremban, juga Tangkak, dan kini Bangi.
Hobi : menyakat orang lain, tak kira siapa mangsanya.
Fakta : pernah tertelan wang syiling emas RM1.
Hobi : menonton bola yang bergolek
Fakta : tertekan dengan sakit ini.
Hobi : minum air sejuk yang ada dalam peti sejuk itu.
Fakta : membuat apa sahaja yang terlintas di hati.
Hobi : membuka dan menutup telefon itu walaupun tiada apa-apa yang berlaku
1. Redzuan Nor Azlan5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di-tag sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda" Terima kasih!
2. Mazlan Md Nor
3. Syukri Ruzlan
4. Raja Asyraf
5. Khairudin Mohamed
6. Rasydan Rais
Sambil menjamah makanan itu berseorangan di kamar, sempat jua ku jengah ke blog ini. Saudari Aryn pula memberi anugerah kepada semua Followers beliau. Sungguh comel akan anugerah yang dibikin olehnya itu. Terima kasih wahai sahabat blogger ku. Semoga menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Disamping itu juga ku ingin mempelawa rakan-rakan bloggers ku sekalian untuk turut menjadi salah seorang Followers blog comel Aryn itu, di sini!
Majlis Tahlil Arwah sempena 40 hari pemergian sahabatku Leman (bukan nama sebenar) akan diadakan di rumah ibu bapanya di Jerantut, Pahang. Hampir kesemua rakan MERANTIans sudahpun ku pelawa untuk bersama-sama menghadiri majlis itu, melalui pesanan ringkas dan juga Facebook. Kesemuanya ingin turut serta menghadirkan diri mereka, tetapi kebanyakannya tidak berkesempatan dan berkirim salam sahaja. Kerana tiada kenderaan, tidak cukup duit perbelanjaan, atau mungkin ada aktiviti yang lebih mustahak. Tidak mengapalah. Yang penting ku sudah melaksanakan tanggungjawabku mengkhabarkan kepada mereka tentang perkara ini.I'm in Paris.br sampai.kirim salam semua ya.i miss u allKemudian ku membalas semula, mengirimkan salam kepada Ayah dan mengatakan kata rindu kembali kepada mereka berdua. Wah! Sudah di Paris pula mereka. Dapat kubayangkan betapa seronoknya mereka berjalan-jalan. Baru seminggu sudah ke tiga buah negara. Entah ke mana pula lah mereka akan pergi selepas ini. Mudah-mudahan mereka baik-baik sahaja di tempat orang, dikurniakan badan yang sihat dan cerdas, diselamatkan dari segala bentuk bala bencana, selamat kembali ke tanah air nanti, insyaAllah.